Rasyiqah's Diaries
Assalamualaikum !

Hai awak ! Cuba pergi dekat gambar bawah ini



Diaries Pemilik Loves Stuff

hello peeps ! Call me A-ai and this is my blog



hidayah milik allah

"Mana aku punya baju nie ??!!"

Hampir seluruh rumah aku mencari baju kesayangan milikku tetapi hampa , aku masih tidak ketemu juga . Aku bertekad untuk menggeledah almari milik ummi aku . Tapi berfikir panjang , aku melulu masuk ke dalam bilik ummi dan walidku . Satu per satu almari milik ummi aku geledah sambil hati aku bermonolog seorang diri kerana terlalu marah .


"MANA BAJU AKU NIEEE ???!!!!!"

Dengan ganas aku mencampak keluar baju ummi aku . Hampir 10 minit aku menggeledah almari itu , tiba-tiba aku terpegang sehelai kain berwarna hitam . 

"Ehh , nie bukan ke niqab ? Bila pulak ummi pakai niqab nie ?''

Tanpa berfikir panjang , aku terus mengambil niqab itu berjalan menuju ke bilik aku sehingga terlupa tujuan asal aku menggeledah almari ummi aku sebentar tadi .

"Mungkin ummi beli niqab nie time pergi menunaikan ibadah umrah dengan walid dulu kot . Hmm"

Sambil bermonolog seorang  diri , aku menyarungkan niqab milik ummi dimuka ku .

Lebih kurang 5 minit aku perhatikan wajahku di cermin , tiba-tiba ummi mengajak aku dan walid ke bandar . Aku pun terus bersiap-siap dan mengenakan jubah berwarna hitam berserta selendang berwarna hitam . Pelahan-lahan aku menyarungkan niqab milik ummi . 

"Panas jugak pakai benda nie . Kenapa lah ada orang sanggup berpanas-panas pakai benda nie semua ?"

Aku keluar dari bilik dan berjalan menuju ke arah ummi . Dalam hati aku mungkin aku akan diketawakan oleh ummi dan adik beradikku yang lain , tetapi tanggapanku salah kerana apabila ummi , walid dan adik beradikku melihatku , mereka hanya berdiam diri dan terus masuk kedalam kereta . 

Aku hanya berdiam diri sepanjang perjalanan menuju ke bandar sambil mendengar adik beradikku bergurau senda dengan ummi dan walid . 

Cuaca agak panas pada hari itu , tetapi aku masih bertekad untuk memakai niqab itu untuk mencari pengalaman baru .

Aku memegang tangan ummi sambil berjalan menuju ke sebuah pasaraya . Aku terlihat beberapa orang wanita memandangku dengan agak pelik . Barangkali mungkin kerana pemakaianku agak berbeza dari orang lain .

Aku meneruskan perjalanan dan mengikut sahaja ummiku . Semasa berjalan-jalan , hampir semua lelaki yang terserempak denganku akan menundukkan wajahnya apabila berjalan disebelahku .

Saat itu aku tersedar dan hatiku bermonolog ,

"Mungkin ini sebab Allah suruh wanita menutup aurat dengan sempurna dan mungkin ini juga ......."

P/s : seriouly malas sangat dah nak menaip . Sambung nanti . Tata , assalamualaikum :D








Cerpen pertama aku

"Liaa, bangun Liaa..."

Aku membuka mata pelahan-lahan tahkala aku terasa pipiku dibelai dengan lembut penuh kasih sayang. Pandanganku yang mulanya kabur, semakin jelas kelihatan. Hanya langit tanpa awan yang terbentang luas dari sudut pandangan mataku. Aku melihat sekeliling untuk mencari insan yang memanggil namaku sebentar tadi. Namun hampa, tiada apa yang aku lihat melainkan hanya sebuah taman yang dipenuhi bunga-bunga yang indah disekelilingku. Hatiku tertanya-tanya, "Dimanakah aku sebenarnya?"

"Liaa...Liaa..."

Sayup-sayup aku terdengar suara yang memanggil namaku itu. Aku mencari-cari insan yang memanggil namaku itu. Hatiku meronta-ronta untuk mencari pemilik suara itu. Sungguh, aku benar-benar kenal akan suara itu. Tapi, siapakah pemiliknya ? Aku terus berlari tanpa hala tuju, dengan satu harapan. Aku ingin melihat sendiri wajah insan yang memanggil namaku itu.

Hatiku berdegup kencang tahkala aku melihat seorang lelaki berkemeja lengkap berwarna putih dari arah aku berdiri. Wajahnya tidak kelihatan kerana mungkin jaraknya yang agak jauh dariku. Aku berjalan menuju ke arahnya, semakin lama, semakin jelas kelihatan wajah lelaki itu.

"Ya Allah, adakah itu......."

8 TAHUN SEBELUM ITU..

"Lia, kenapa awak tidak siapkan kerja rumah cikgu bagi ini???!"




P/S : NANTI LAA AKU SAMBUNG . NITE :)

kuatkan aku ya allah :(

Assalamualaikum semua.

Hari nie hari ke-3 puasa. Hari nie baru terbuka hati aku untuk bercerita kat sini.

Hariinidahdekatsemingguakubersedih.Hatiakutaktenteramsangatsangatsejakahad(06.07.2013)hariitu.
KuatkanakuyaAllah,akurasalemahsangatsangat.setiapharimestiadajebendatakkena.jarangakurasaperasaanmacamini.
Timebelajaradamasalah.balikhosteladamasalah.katdormadamasalah.dengansemuaorangakubermasalahsangatsangat.
akumalunakceritakatsapesapedengansemuamasalahyangakuhadapiini.segansangatsangat.nantinampaksangatakuini
seorangyangtakkuat.

mungkin ada hikmah disebalik semua ini, atau mungkin ini juga balasan atas semua perbuatanku :'(
p/s : saje je taip rapat-rapat macam tu supaya surtain orang je boleh baca. 


disaat aku menaip post nie, dah dekat seminggu aku menangis sorang-sorang. semoga ramadhan tahun nie lebih baik dari ramadhan tahun tahun lepas. AMIN :(


KETIKA AKU KECIL ♥



Hai semua orang ! Hehe . Hari nie genap 153 hari aku tak update belog ini . dah bersawang sawang dah pulak . ada orang rindu kita tak ? TAKDE ? oke , redha -_-

Wahh , tetibe je aku rasa nak update pasal kenangan aku waktu start sekolah , sampai laa sekarang . aku start sekolah time umur 4 tahun dan sekarang umur aku 17 tahun . 13 tahun dah aku sekolah rupanyaa -_-



4 tahun : untuk kali pertamanya aku start sekolah . aku sekolah kat tadika apa tah dengan sorang sedara aku nie , nama dye awie . awie tua setahun dari aku . aku ingat lagi waktu tu , aku suka buli sorang budak nie . hahaha . kecik kecik da pandai membuli . tahpape . aku suka cubit dye sampai dye menangis . mana laa beliau sekarang ye ?


ini aku dengan sedara aku nama awie tuu .


5 tahun : time nie aku sekolah dekat tadika kemas . wahhh . time tu aku rasa aku cantik giloos pakai baju biru dengan kain . hahaha . sakai k sakai . setiap kali abah kejut supaya gi sekolah , aku mesti menangis . SETIAP HARI ! dah jadi habit sampai aku darjah dua . hahaha . ini semua poyooo -_-


  
nie time aku kecik . comel tak ? comel tak ? TAK ? redha lagi sekali -_-


6 tahun : wahh . besar dah aku . time nie aku sekolah kat pra sekolah batu kapur . aku kawan dengan set set anak cikgu sekolah situ . fuuhhh . ada set set sendiri . setiap masa aku jadi ketua . setiap menda aku suruh buat , semua kena buat . (maklumlaa , ketua katakan)
*ini lagi laa poyoo -_-*

 ini aku bersama sedara sedara ku . 
dari kiri : shasha , aku (poyoo) , awie (lagii) , qahhar

darjah 1 : time nie aku satu sekolah dengan akak aku kat Abu Bakar School . kakak aku darjah 6 time tu . pagi pagi kitaorang pegi sekolah naik motor bertiga dengan abahku . hidupku ibarat kais pagi makan pagi , kais petang makan petang . (ini sekadar tokok tambah cerita supaya jadi menarik) . ada sekali tu , hujan lebat . aku sampai sekolah dengan akak aku dalam keadaan basah giloss . sian abah kena hantar kitaorang , pastu nak gi sekolah dye pulak :'(

  
saya dan kakak saya .
walaupun umur kami jauh berbeza , tapi saiz badan kami sama besar . kenapaaaaaa ? :(


darjah 2 : wahh . besar dah den . time nie aku sekolah dekat SK Mentakab Chatin .  HAH , ada 1 hari tu , aku main nyakat nyakat sorang budak laki kelas aku , bajet bajet nak gunting telinga dye , pastu enta mcm mne , aku tergunting cuping telinga dye sampai berdarah . hahaha . ketua kelas aku time tu , tak abis abis cakap : "hah ! hah ! tak tauu !" . macam yang korang slalu cakap kat membe membe korang waktu kecik tu laa . aku ingat kau sampai mati ketua kelassss !



 ini muka gatal aku . (takde kena mengena dengan darjah dua , sekadar hiasan semata mata)




darjah 3 : wahh . time nie aku sekolah kat SK Seri Tualang . tiap masa aku pindah sekolah . bosan k bosan . aku tak ingat zaman nie sebab .. entalahh .. hahaha


darjah 4 : untuk kali pertamanya aku masih disekolah sama . hahahaha . ada satu kali tu , aku jalan jalan dengan sorang kawan aku nie , nama dye Ain . pastu aku letak fail aku atas beg roda dye sambil jalan jalan dengan dye . pastu Ain pergi citer kat member aku lagi sorang yang aku suka buli dye . dan entah macam mana , akak aku terdengar cerita Ain dan bagitau abah aku . abah aku marah giloss dan sampai sekarang pun kadang kadang abah panggil aku pembuli .

ITU KISAH 7 TAHUN DULU & AKU BUKAN PEMBULI ! 

by the way , aku satu kelas dengan Ain sampai sekarang . hahaha . friend till jannah ~


darjah 5 : ada 1 hari tu aku kena marah dengan cikgu sebab tulisan buruk . aku sedih giloss time tu . sejak tu , aku berusaha nak cantikkan tulisan . hahaha . akhirnya aku berjaya ! (cantik lahh sangat) thankyou cikgu :')

ini tulisan yang buat aku kena marah dengan cikgu -_-

darjah 6 : aku malas da nak taip sebab panjang sangat sampai korang pun dah bosan membaca . lain hari nanti aku sambung pulak ye . thanks for reading :)





SPM CANDIDEATH 2013



Saat jari jemariku menari nari tarian hiphop diatas papan kekunci ini , hatiku berasa begitu sayu sebab KENA BALIK HOSTEL ESOK !!! huarrgghhh !!!!
*hentak kepala kat dinding*

Aku betul betul takde idea nak menaip hari nie . Tapi hatiku meronta ronta supaya ceritakan pada rakyat Malaysia betapa terseksanya mental & fizikal sepanjang duduk kat hostel :'(

Tinggalkan semua yang berkaitan dengan alat elektronik dalam tempoh setahun dan hasilnya akan dapat dilihat sepanjang hidupku .

NO COMPUTER FOR A YEAR = SUCCESS IS MINE


*perumpamaan yang agak mengarut tapi korang faham kan apa yang aku cuba sampaikan ?*


oke laah , aku rasa nie antara post aku yang paling bosan . sebab aku betul betul not in mood . Hurrmmm :'(


P/s : yeayy ! ada lagu baru dekat belog titew . titew suka gilaq lagu nie sebab *tuttt* . hehe :D



vacation !


Tanggal 15/12/2012 , abah dan mama akan berangkat Vietnam untuk beberapa hari . 

Merata tempat dah abah dengan mama bawak kitaorang adik beradik bercuti . Jadi kali nie , biarlah dyeorang dating berdua pulak . 


Saat jari jemariku menari nari di atas papan kekunci ini , hatiku berasa begitu tenang dan nyaman dengan suasana kampungku ini . Tangisan langit yang membasahi bumi menambahkan lagi ketenangan dihatiku ini .*ini contoh ayat hiperbola*

 "Sudah lama aku tidak menjejakkan kakiku di kampungku ini ."

hari ini aku nak bercerita tempat tempat menarik yang abah & mama bawak dalam masa setahun ini .

Vacation !

Bandung , Indonesia .


Seminggu sebelum pergi ke sini , aku bapok excited giler sebab first nak naik flight . Tapi bila dah naik flight , aku terus tersandar dan tak bergerak sebab pening sangat kepala --'

Seriously , everything in Bandung , Indonesia was so great ! Tapi , makanan kat sana tak sesedap makanan di Malaysia :D


Songkhla , Thailand 


tengok patung belakang tu . Itu sejenis ikan duyung . aku pun tak bape ingat sejarah tentang patung tu . Kat Thailand memang syok giler . makanan pun takde masalah apa . 

Yang paling best kat Thailand ialah Pasar Terapung .

makanan ini kitaorang beli time kat Pasar Terapung . Satu cawan air nie kalau taksilap 250 bath ( RM 2.50 ) Murah je kan ? air dapat , cawan pelik tu pun dapat . tapi bapok susah nak bawak balik umah sebab cepat pecah --'


Kuantan , Pahang

Walaupun dalam Malaysia jugak , tapi aku suka sangat pergi Kuantan . Malam malam duduk lepak satu family tepi pantai dengan ombak yang kuat , lebih lebih lagi bulan 12 nie . nyanyi nyanyi sambil makan makanan ringan & bercerita . Seriously , bes gilaq !


Pulau Pangkor


Kat sini paling aku ingat sekali time naik bot laju pusing satu pantai . Syok bohh . Pastu snowkewling (sumpah aku takreti eja) dan jalan jalan kat pasar malam tepi pantai . Ada sejarah menarik pasal belanda tapi aku tak ingat pulak . search sendiri laa yek --'


Singapore


Nie time nak tengok show The Song Of The Seas . Sumpah bes giler benda nie . Cer try search kat Youtube . Live lagi best dari kat Youtube . Ohh , lagi satu . Vacation kat Singapore ialah post pertama aku dekat blog nie . Cer cari balik ye semuaa :D


Genting Highlands , Pahang

 Time kitaorang datang sini hari tu , takramai langsung orang . sampai kitaorang naik benda yang naik tinggi tinggi pastu tejunam laju laju tu 3 round . sume menda bes kitaorang naik 2 3 kali . feww . gilaq bes !



Langkawi

Nie percutian last aku sampai hari nie . Aku pegi Langkawi time ari pertama cuti hujung tahun nie . Penat giler weyhh . baru je balik umah nak lepak lepak . rupanya mama terus ajak gi Langkawi . Tapi naik bot pusing satu pantai paling bes .


Oke laa , tangan aku da lenguh menaip benda menda nie . Banyak lagi percutian yang aku tak isi sebab takde gambar . 


Walaupun banyak tempat yang aku dah pegi , banyak lagi aku habiskan masa study dekat hostel .

*study laah sangat*

P/s : spending my time with my family is the best moment in my life . sorry , broken English .






cuti sekolah



Malam tadi aku bermimpi aku telah memotong kepala seekor rakraksa berwarna UNGU + BIRU dan apabila aku terjaga pagi tadi , aku rasa nak update blog . 
*kaitan pulak ? layan* 


Lagi berapa minggu nak bukak sekolah & get ready for 

Feeww , ketar lutut den bila teringat pasal nie .

ARGGHHH !!!!

sepanjang cuti nie , aku duduk rumah je . 

 Yeaahh ! sama seperti pelajar pelajar lain yang tak pegi Tuisyen , Starmall , Kedai Pak Mat , 
Kedai Kek Kak Yah , The Store , Kedai Topap & ( isi tempat kosong )

Dah lama aku tak keluar dari rumahku ini .

Dan dah lama aku tak tengok MATAHARI . 

 

Rindu sangat cahaya tu . Mana nak jumpanyaa , Aku bangun pukul 8 malam tido pukul 4 pagi . Setiap hari !! dan tak pernah teserempak dengan matahari .


Oke laa , aku rasa bosan & nak tidur dulu . Gudnite Olls :D






Me , myself and i ♥

Assalamualaikum Stalker Yang Sama --'

Hahaha , balik balik muka anda , balik balik muka anda . Kalau laa aku tau sape budak yang suka sangat stalk belog aku nie , memang aku nak belanja makan maggi kari pastu makan sama sama . Tu pun , kalau ada laaa yang suka stalk belog aku nie .

 krekk krekkk *bunyi cengkerik*
oke , redha --'

back tu main point :D


HaHa , aku baca tajuk post aku pun rasa macam nak gelak . aku memang tak expert dalam bab bab bagi tajuk nie --'

Yeahh , I Myself

HeHe , aku terasa hidup aku dah cukup bahagia . takperlu tambah garam atau gula atau perencah tambahan . everything was to perfect :D




Ini abah dengan mama saya . 


HeHe , aku sayang mereka lebih dari segala galanya di muka bumi ini . Yeahh , mereka sangat memahami diriku ini dan mereka macam pari pari bagi diriku nie . sume benda mintak , mesti dapat laa . *selagi benda tu tidak diluar jangkauan otak burung unta laa*



 

dengan adik beradik yang cun lagi lawa serta understanding , hidupku bertambah bahagia . Yeahh , kitaorang sokmo bergusti sampai patah tangan . Woooo , takde laa melampau macam tu . Setakat patah gigi 2 batang je --'


 
tambahan pulak dengan kawan kawan yang giler lagi sewel , cukup membuatkan hidupku sempurna .


HeHe , yang paling buat aku bahagia sekali ialah sebab diriku sendiri :D


 Lihatlah senyumanku seindah suria malahan lebih indah dari sinaran suria *over*


HaHa , kadang kadang aku pelik dengan diri sendiri . sebab aku nie jenis tak makan kutukan . macam macam ejekan , kutukan or something else like that laa yang aku dapat , tapi aku jenis takde feeling . salah satu kutukan tu lebih kurang camnie laa :


"kau sakey laa . dah laa pakai gigi besi . mulut kepoh pulak tu"


HaHa , seriously aku takde feeling . sikit pun takde . takde pulak aku nak balas dendam ke hapee ke . 


aku jarang ada perasaan sakit hati macam orang lain 
( tapi bukan ko laa , maksud aku orang sepanyol ) 


pantang ada orang kutuk sikit terus anta status , tweet , bbm , instagram , ask.fm , belog , mesej , radio era , hot.fm , yang berbunyi lebih kurang camnie :

"kau hengat kau perfect sangat ke doe . bajet bagus kutuk kutuk orang . @#$%^&"


Feewww , kadang kadang tu ada lagi dasyat dari nie . Bersabar laa wahai teman . percayalaah , bahagia sangat hidup kita nie bila kita bersabar :D

*amboiihhh , bajet bajet aku nie penyabar sangat laa*




KONKLUSi : I ♥ My Family , Friends , Facebook , Twitter And the most important one is MYSELF :D