Rasyiqah's Diaries
Assalamualaikum !

Hai awak ! Cuba pergi dekat gambar bawah ini



Diaries Pemilik Loves Stuff

hello peeps ! Call me A-ai and this is my blog



hidayah milik allah

"Mana aku punya baju nie ??!!"

Hampir seluruh rumah aku mencari baju kesayangan milikku tetapi hampa , aku masih tidak ketemu juga . Aku bertekad untuk menggeledah almari milik ummi aku . Tapi berfikir panjang , aku melulu masuk ke dalam bilik ummi dan walidku . Satu per satu almari milik ummi aku geledah sambil hati aku bermonolog seorang diri kerana terlalu marah .


"MANA BAJU AKU NIEEE ???!!!!!"

Dengan ganas aku mencampak keluar baju ummi aku . Hampir 10 minit aku menggeledah almari itu , tiba-tiba aku terpegang sehelai kain berwarna hitam . 

"Ehh , nie bukan ke niqab ? Bila pulak ummi pakai niqab nie ?''

Tanpa berfikir panjang , aku terus mengambil niqab itu berjalan menuju ke bilik aku sehingga terlupa tujuan asal aku menggeledah almari ummi aku sebentar tadi .

"Mungkin ummi beli niqab nie time pergi menunaikan ibadah umrah dengan walid dulu kot . Hmm"

Sambil bermonolog seorang  diri , aku menyarungkan niqab milik ummi dimuka ku .

Lebih kurang 5 minit aku perhatikan wajahku di cermin , tiba-tiba ummi mengajak aku dan walid ke bandar . Aku pun terus bersiap-siap dan mengenakan jubah berwarna hitam berserta selendang berwarna hitam . Pelahan-lahan aku menyarungkan niqab milik ummi . 

"Panas jugak pakai benda nie . Kenapa lah ada orang sanggup berpanas-panas pakai benda nie semua ?"

Aku keluar dari bilik dan berjalan menuju ke arah ummi . Dalam hati aku mungkin aku akan diketawakan oleh ummi dan adik beradikku yang lain , tetapi tanggapanku salah kerana apabila ummi , walid dan adik beradikku melihatku , mereka hanya berdiam diri dan terus masuk kedalam kereta . 

Aku hanya berdiam diri sepanjang perjalanan menuju ke bandar sambil mendengar adik beradikku bergurau senda dengan ummi dan walid . 

Cuaca agak panas pada hari itu , tetapi aku masih bertekad untuk memakai niqab itu untuk mencari pengalaman baru .

Aku memegang tangan ummi sambil berjalan menuju ke sebuah pasaraya . Aku terlihat beberapa orang wanita memandangku dengan agak pelik . Barangkali mungkin kerana pemakaianku agak berbeza dari orang lain .

Aku meneruskan perjalanan dan mengikut sahaja ummiku . Semasa berjalan-jalan , hampir semua lelaki yang terserempak denganku akan menundukkan wajahnya apabila berjalan disebelahku .

Saat itu aku tersedar dan hatiku bermonolog ,

"Mungkin ini sebab Allah suruh wanita menutup aurat dengan sempurna dan mungkin ini juga ......."

P/s : seriouly malas sangat dah nak menaip . Sambung nanti . Tata , assalamualaikum :D