Rasyiqah's Diaries
Assalamualaikum !

Hai awak ! Cuba pergi dekat gambar bawah ini



Diaries Pemilik Loves Stuff

hello peeps ! Call me A-ai and this is my blog



kelas amali memandu


Assalamualaikum rakyat Malaysia !
*lambai lambai macam kanak kanak terencat*


Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya , saya telah diberi peluang untuk terus mengUPDATE blog saya yang kini menjadi penghuni anai anai bersama saudara mara belah mak mereka -,-
*oke , tak lawak*
dalam dua tiga hari yang lepas mungkin , aku telah menghadiri KELAS AMALI MEMANDU selama
 6 JAM BERTURUT TURUT . YA , 6 jam tanpa henti !
mana mungkin aku suka !!! *cakap ala ala mak mentua kasim selamat*


sungguh tidak EDUCATED lalu gambar ini -,-

pada hari kejadian , aku terpaksa bangun awal semata-mata ingin menghadiri kelas itu . 

YA , disaat MAJORITI rakyat MALAYSIA yang bergelar pelajar sedang enak terbang ke langit bersama sama bantal busuk masing masing sambil memakai pakaian yang dibuat daripada kain sutera emas ala ala anak raja , aku terpaksa bangun demi mencari sesuap nasi goreng pattaya yang tak pedas .


Ya Allah , kuatkan iman hambamu ini . Sesungguhnya , aku benar benar naif tanpa-Mu disisi ku :'(

*amboihh , gi kelas je kot . over sangat aku nie*



sampai sampai je kat situ , aku terus daftar kat kaunter dan terus masuk kelas yang bermula pukul 10 pagi . masuk je kelas , aku pilih port paling belakang sekali betul betul sebelah pintu supaya bila pengajar tu kata
 "oke class , you can go home now" ,
 jadi aku orang pertama yang akan keluar dari pintu tu sambil jerit
"I'M FREE !!"



ternyata tanggapan ku itu salah , baru je aku duduk kat kerusi kat port yang paling aku suka sekali , pengajar tu berkata kata
"oke , class . ikut saya pergi ke litar motorsikal . saya akan ajar awak cara bawak motor dengan LEBIH tepat dan benar . awak semua akan dibagi pinjam motosikal satu sorang dan anda semua boleh bawak dalam litar yang disediakan dengan cara yang paling berhemah sekali"

Ya Allah , nasib baik aku tak melompat keluar pintu sambil jerit "I'M FREE" tadi . kalau tak , malu setahun plus trauma aku tadi -,-

Cop cop , nape kau baca skip skip ? bosan sangat ke ?? Maaf aku gagal buat kau takbosan . HUARGHHHH !



berbekalkan sisa semangat yang tidak pernah luntur yang masih ada dalam diriku ini , aku pun mengikut pengajar tadi pergi ke litar motosikal yang disediakan berhampiran institusi memandu itu .

OhhMaiGaddd !

inilah litar motorsikal yang kena aku tempuhi dengan penuh kesabaran dan dugaan

dapat je kunci motosikal tu kat tangan aku , menggeletar tubuh kecil ku ini .Sungguh , perasaan ini takdapat diungkap dengan kata-kata . Apabila melihat ke arah makcik makcik dan pakcik pakcik lain yang lebih bersemangat , aku semakin takut .

dengan pelahan-lahan , aku memakai helmet dan memandu masuk kedalam litar itu .

YEAH , semuanya oke hingga 2 SAAT lepas tu . aku terPRESS minyak sampai nak tercampak keluar litar tu .


mangkok betul laa . semua makcik makcik dan pakcik pakcik yang lebih bersemangat waja tadi gelakkan aku . aku pun hanya tersenyum comel dengan muka yang merah padam sambil berkata kata

"TAK LAWAK !!!! "


Dengan muka selamber , aku bawak motor tu gi simpan kat tempat yang disediakan . pastu aku duduk dekat kerusi sambil beristgtifar .

"YA ALLAH , TERIMA KASIH KERANA PANJANGKAN UMURKU"


KONKLUSI : Kelas amali memandu telah mengubah diriku yang hina supaya lebih mensyukuri semua nikmat yang Allah S.W.T beri :')