Rasyiqah's Diaries
Assalamualaikum !

Hai awak ! Cuba pergi dekat gambar bawah ini



Diaries Pemilik Loves Stuff

hello peeps ! Call me A-ai and this is my blog



HARI KOPERASI & MALAM MUZIK & KEBUDAYAAN

ASSALAMUALAIKUM SUME !! 



Pada hari Sabtu pada 7 Julai 2012 hari koperasi sekolah saya ! huhayyy !!

yeahhh .. sangat seronok ya apabila keliling anda sume ada makanan ..

 Tadaa ! salah satu makanan yang dijual waktu hari koperasi baru-baru nie :)

dari pagi sampai tengahari aku habiskan masa dengan seorang gadis comel hinggalah disaat aku ditinggalkan seorang diri oleh gadis comel tadi sebab dia sibuk nak tolong jual kat kedai orang lain .

 aku telah mengajak seorang gadis lain untuk teman diriku yang tengah sunyi sepi ini ke kaunter BMI dan ....
berat badan saya UNGGUL !! 
*takde function nak semangat-semangat*

TAPI , INI SEMUA BUKAN TUJUAN UTAMA AKU TULIS POST NIE . 
BACK TO THE MAIN POINT , oke ?



MALAM MUZIK & KEBUDAYAAN


lepas solat Isya' kat masjid , sume orang berlari-lari ke dewan untuk saksikan malam kebudayaan 2012  

*time dengar ceramah kat dewan , takde pulok semangat cam nie*

yang paling penting ,
AKU SALAH SEORANG PESERTA YANG AMBIL BAHAGIAN .

WHATTT ??!! 

aku ambil bahagian ??
 aku sendiri pun macam takpercaya =,=
 tapi , ini fakta bukan auta


sekarang , aku nak cerita macam mana persembahan aku , oke ?? dan ini sume perlukan imaginasi yang tinggi . prepare a gigantic imagination .  



READY ?? ACTIONN !


TIRAI DIBUKA 

berdiri seorang lelaki memakai kemeja & spek hitam sambil memegang tepon berjalan ke hulu ke hilir di atas pentas . semua penonton bersorak-sorak sebab lelaki tu agak tampan .

lagu " The Boys " dimainkan . Tiba-tiba seorang gadis mengangkat telefon dan menjawab ..

GADIS : helo ?

BOY : helo A-ai , aku nie . Aku nak ajak kau "BASKING" kat tempat kita selalu lepak tu .

GADIS : "BASKING" ?? basking tu apa ??

BOY :  basking tu maksudnya bermain muzik di jalanan . penyanyi utama kami , si BOBOI tu masuk ICU sebab tercekik biji durian .

GADIS : mak aii , gelojohnya . TAK LAWAKKK . sekejab lagi aku datang ..


datang seorang GADIS berkaca mata HITAM ke tengah pentas dan terus menuju ke arah gitar yang terletak di tengah tengah pentas . si gadis mengambil gitar itu .

BOY : cepatlaa , penonton dah ramai nie . ( si gadis melambai-lambai tangan ke arah penonton )

BOY : memandangkan awak pakai baju macam NAJWA LATIF , apa kata kita nyanyi lagu najwa latif .

GADIS : oke-oke . terimalah CARTA HATI .

tapi , rancangan tak menjadi . penonton menganjing si gadis yang bermain gitar sambil menyanyi tadi sebab gitar tu tak pasang wayar & mereka fikir mana boleh gitar tu berbunyi kalau tak pasang wayar .

habis saja gadis tadi menyanyikan lagu CARTA HATI , gadis itu berkata-kata ..

GADIS : sekian terima kasih . OHH .. lagi satu .. gitar yang saya guna nie GITAR WIRELESS . takkan anda semua tak tauu ?? OKE , tataaa .. ( berjalan ke belakang pentas )

PENONTON : laaaaa ....


 Gitar Wireless kesayangan ku :)


TIRAI DITUTUP 


MORAL OF THE STORY : jika benar pun anda tak tahu alat muzik , tak payah nak tunjuk sangat kat semua orang . wat malu keturunan belah mak anda jee .



KEESOKAN HARINYA ( AHAD )

dari pagi sampai malam , hampir semua pelajar perempuan yang gadis tadi jumpa , semua puji suara gadis tadi sedap .
*wahhwahh , bangga*

tapi hampir semua pelajar lelaki yang gadis tadi jumpa , semua nak pinjam gitar wireless gadis tadi . 
*TAK LAWAK*


TAMMAT